Ahad, 25 Ogos 2013

Ahad, Ogos 25, 2013
Lisa Surihani Bangga Berdarah India, Cina Dan Bugis | Lisa Surihani mengakui mempunyai darah kacukan Cina, India dan Bugis memberi kelebihan kepadanya dalam mempelajari pelbagai budaya kaum di negara ini.

Lisa Surihani Bangga Berdarah India, Cina Dan Bugis

Menurut Lisa, dia lebih menghargai hubungan persaudaraan antara kaum yang seharusnya menjadi pegangan kepada setiap rakyat Malaysia.

"Kita hidup bersama dalam satu negara tidak perlu timbulkan apa-apa perkara yang mencetuskan sensitiviti kaum yang mana akhirnya mengundang perkara tidak diingini.

"Saya bersyukur kerana dalam diri saya ada mengalir pelbagai darah daripada kaum Cina, India dan Bugis, ia mungkin kelebihan dapat mendekati dan memahami pelbagai budaya," katanya ketika ditemui pada majlis kempen Hari Merdeka Astro, di sini, Sabtu.

Kata Lisa lagi, dewasa ini pelbagai isu tentang perkauman yang menimbulkan perpecahan antara kaum seharusnya tidak ditimbulkan.

"Kita patut buka mata dan menyedari isu ini sangat memberi kesan pada perpaduan kaum.

"Sebagai orang dalam industri seharusnya ada cara atau medium untuk kita kembalikan semula keharmonian negara," katanya.

Sebagai selebriti, Lisa Surihani menambah dia positif dalam menyokong segala kempen berkaitan perpaduan negara.

"Saya seorang yang sentiasa bersikap positif, apabila ada sahaja aktiviti yang memberi faedah saya akan berada di hadapan untuk menyokong," katanya.

Artikel Menarik

sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/8/25/mstar_hiburan/20130824190015&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.