Jumaat, 6 September 2013

Jumaat, September 06, 2013
Bekas Ahli Kumpulan Popular Di Penjara 20 Tahun 10 Sebatan | Seorang bekas ahli kumpulan nyanyian popular pertengahan 2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas disabitkan bersalah merogol anak tiri berusia 14 tahun di rumah mereka, di Gombak Februari tahun lalu.

Bekas Ahli Kumpulan Popular Di Penjara 20 Tahun 10 Sebatan

Hakim Nor Hazani Hamzah mengarahkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun itu berjalan mulai hari ini.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di sini, pada pukul 9 pagi, 9 Februari 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Artikel Menarik


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.