Selasa, 3 September 2013

Selasa, September 03, 2013
Benarkah Nik Aziz Kini Menerima Rawatan Kanser Prostat Tahap 4? Apakah benar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menderita sakit kanser prostat pada tahap ke-4?

Benarkah Nik Aziz Kini Menerima Rawatan Kanser Prostat Tahap 4?

Itu adalah maklumat yang disampaikan kepada portal ini oleh sumber yang rapat kepada parti PAS.

Untuk mendapatkan gambaran sebenar terhadap apa yang disebarkan, sebuah portal telah berusaha mendapatkan komen anak beliau Nik Mohamad Abduh.

Nik Abduh ketika ditanya sama ada benar berita menyatakan bapanya menghidap kanser tahap 4, beliau hanya menyatakan ia satu khabar yang tidak disahkan oleh doktor.

Apa-apa pun, beliau menyeru agar semua pihak mendoakan kesihatan bapanya.

"Saya harap semua rakyat malaysia pakat-pakat mendoakan ayahanda semoga beliau sihat dan dapat terus berkhidmat untuk agama dan negara, insyaAllah," ujarnya yang ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.

Merujuk kepada penyakit sebenar yang dihidapi, Nik Abduh berkata bapanya sudah beberapa jatuh sakit namun kali ini masalah yang dialami ialah sukar membuang air kecil.

Sebelum ini, bapanya pernah mengalami masalah jantung dan biasa mengadu sakit perut apabila tersalah makan.

Untuk rekod, kesukaran membuang air kecil sebenarnya adalah antara tanda terpenting kepada penyakit kanser prostat.

Nik Aziz Nik Mat yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dibenarkan keluar dari hospital berkenaan seminggu lalu dan kini sedang berehat di rumah.

Beliau bagaimanapun namun masih berada di bawah pemantauan hospital.

Nik Abduh berkata, keadaan bapanya bertambah baik dan ceria. Begitu pun beliau akan dirujuk semula ke HUSM sehari dua lagi.

"Doktor nasihatkan jangan banyak bergerak. Kali ini beliau dengar nasihat, duduk rumah dan tak banyak keluar. Biasa susah sikit sebab beliau sentiasa sibuk," ujarnya.

Berikutan itu, keluarga kurang menggalakkan tetamu mengunjungi bapanya buat masa ini.

#Sebelum ini tersebar berita palsu mengatakan Tok Guru Nik Aziz sakit tenat.


Artikel Menarik
sumber
http://mynewshub.my/index.php?option=com_content&view=article&id=445:video-benarkah-niz-aziz-menghidap-kanser-tahap-akhir&catid=79:utama&Itemid=739


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.