Sabtu, 7 September 2013

Sabtu, September 07, 2013
Derita Gadis Di Serang Pemyakit Misteri 18 Tahun |  “Saya dah puas berubat, jumpa doktor pakar, juga perubatan tradisional di merata tempat.

Duit banyak habis untuk berubat, tetapi penyakit yang saya hidapi sejak 18 tahun lalu tetap tidak sembuh,” luah ibu empat anak hampir berputus asa setelah usahanya berubat penyakit misteri dihidapi sejak di bangku sekolah belum berubah.

Derita Gadis Di Serang Pemyakit Misteri 18 Tahun
Bapa Asmawati, Samsudin Sulaiman, 57, menunjukkan bahagian lutut anaknya yang kelihatan seperti kudis.
Asmawati Samsudin, 28, berkata, bahagian lutut dan tapak kakinya seperti berkudis tetapi saiznya agak besar dan dia agak musykil apabila doktor tidak dapat mengenal pasti penyakit dihidapinya, sebaliknya hanya memberitahu masalah dihadapi berkaitan dengan saraf.

Menurutnya, penyakit misteri itu kerap menyerangnya menyebabkan dia tidak mampu menguruskan rumah tangga dan terpaksa dibantu anak sulung, Mohamad Ameer Aiman Zalani, 8, serta ahli keluarga lain memandangkan anak bongsunya masih kecil.

“Ada kalanya penyakit ini menyebabkan separuh badan saya kebas, seolah-olah hilang deria rasa walaupun dijirus air panas ataupun terkena objek tajam.

“Saya bimbang jika berlarutan, saya tidak rasa sakit walaupun badan mengalami kecederaan serius ketika membuat kerja rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah di sini.

Asmawati berkata, lutut dan  beberapa bahagian diserang penyakit misteri itu perlu ditutup dengan pembalut bagi mengelak dihinggapi lalat dan keadaan bertambah serius jika dijangkiti kuman.

Malah, katanya, dia terpaksa menggantikan pembalut itu dengan kain biasa kerana tidak mampu membelinya dalam jumlah banyak untuk digunakan setiap hari.

“Suami saya hanya bekerja sebagai pemandu lori. Jika ada barang untuk dihantar barulah ada gaji namun, ada kalanya suami tidak ada gaji kerana tiada barang dihantar.

“Ketika itu kami sekeluarga hanya mengharapkan sumbangan keluarga,” katanya, yang juga menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).  

Ibu kepada empat anak, Mohamad Ameer Aiman Zalani, Nurul Kyra Azureen, 5, Nurul Ameera Damia, 3, dan Nurul Syazleen Humairah, setahun tiga bulan, masih  mengharapkan keajaiban berlaku  supaya dia pulih seperti sediakala dalam masa terdekat walaupun, penyakitnya tidak dapat kenal pasti.

Jika ditakdirkan pulih, Asmawati berhasrat agar dapat menguruskan rumah tangga dan melaksanakan tanggungjawab yang tidak mampu dilakukan sempurna selama ini.

Dia bersyukur walaupun, anak-anak masih kecil tetapi mereka seakan memahami keadaan dirinya dan kerap menguruskan diri sendiri.

Dalam keadaannya berdepan masalah kesihatan, Asmawati turut resah memikirkan keadaan kediamannya seperti bangsal dan kurang sempurna untuk didiami.

Menurutnya, setiap kali hujan, bahagian lantai akan dipenuhi air menyebabkan mereka terpaksa beralih ke bahagian rumah agak tinggi.

“Pendapatan suami tidak cukup untuk membaik pulih rumah dan duit bantuan JKM hanya cukup membeli ubat dan pembalut,” katanya.

Artikel Menarik
sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/18-tahun-derita-sakit-misteri-1.199189


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.