Sabtu, 14 September 2013

Sabtu, September 14, 2013
Isu Gula-Gula Rokok, Raja Azmi Beri Penjelasan | Beberapa hari lalu gambar Raja Azmi bersama cucunya yang dilihat seperti menghisap rokok menjadi perbualan hangat para peminat industri hiburan tempatan. Menurut Raja Azmi,

Isu Gula-Gula Rokok, Raja Azmi Beri Penjelasan

“Saya sangat terkejut dan sedih dengan pemikiran kolot segelintir pihak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum tanpa usul periksa dengan apa yang mereka lihat,”

Tambah Raja Azmi lagi, dia amat terkilan dengan cemuhan dan kritikan masyarakat ke atas gambar itu tanpa mereka mengetahui bahawa objek yang disangkakan rokok itu adalah gula-gula.

“Ada yang memaki-hamun dan cemuh macam-macam selepas tengok gambar itu. Padahal mereka tidak tahu objek disangkakan rokok itu hanya gula-gula.

“Gambar itu diambil secara spontan ketika Kak Mi bergurau dengan cucu. Kebetulan, s “Sepupu Kak Mi baru balik dari Amerika Syarikat dan membawa pulang pelbagai gula-gula berbentuk rokok, bom serta pistol.

“Dia (cucu) pula pilih gula-gula itu dan memasukkan ke dalam mulutnya. Gambar itu comel, jadi Kak Mi berkongsi di Instagram tanpa menduga ia mengundang kontroversi pula,” katanya.

Susulan kekecohan itu, Raja Azmi kini berasa serik dan bimbang untuk berkongsi gambar peribadinya dengan khalayak pada masa akan datang.

“Selepas ini saya rasa takut hendak kongsi gambar peribadi di Instagram lagi,” katanya.

Artikel Menarik
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jawabisubericucurokok/Article/index_html


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.