Jumaat, 27 September 2013

Jumaat, September 27, 2013
Lelaki Terkejut Buaya Tiba-Tiba Berada Di Bawah Katilnya | Memang sukar dipercayai apabila seekor buaya berjaya menyelinap masuk ke dalam sebuah rumah tumpangan yang berdekatan dengan dari sebatang sungai. Apa yang lebih memeranjatkan lagi, buaya tersebut dilihat bersembunyi di bawah katilsebuah rumah yang sewa oleh seorang lelaki.

Lelaki Terkejut Buaya Tiba-Tiba Berada Di Bawah Katilnya

Kes seperti ini memang tidak pernah didengari sebelum ini. Tetapi kes yang melibatkan haiwan seperti ular memang ada. Ini kerana fizikal yang kecil memudahkan ia menyusup masuk ke dalam rumah.

 Seorang pengurus rumah tumpangan terkejut menemui seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil tempat dia tidur pada malam sebelumnya.

Reptilia seberat 136 kilogram (kg) itu dipercayai menyusup masuk ke Rumah Tumpangan Humani dari sebatang sungai berdekatan baru-baru ini.

Buaya tersebut bersembunyi di bawah katil lelaki berkenaan, Guy Whittall selama lapan jam.

“Saya menjuntai kaki semasa duduk di katil selepas bangkit dari tidur. Saya langsung tidak sedar di bawah katil itu ada seekor buaya,” kata Whittall.

Lelaki tersebut yang berusia 40 tahun hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu ketika menikmati sarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan.

Ketika itu, dia mendengar jeritan seorang pekerja yang masuk untuk mengemas biliknya.

Beberapa pekerja rumah tumpangan tersebut bergabung tenaga untuk menangkap buaya berkenaan dan membebaskan reptilia itu ke habitatnya. – Agensi

Artikel Menarik
sumber
http://amekaw.com/2013/09/gempar-lelaki-terkejut-buaya-tiba-tiba-ada-di-bawah-katilnya/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.