Rabu, 11 September 2013

Rabu, September 11, 2013
Nabila Akui Terkejut Dan Tersentuh Kenyataan Amy Search | Nabila Huda mengakui berasa terkejut dan tersentuh dengan kenyataan bapanya, Amy Search yang menyifatkan kemalangan yang menimpa dirinya pada 8 September lalu merupakan petanda kecil dari Allah buat dirinya.

Nabila Akui Terkejut Dan Tersentuh Kenyataan Amy Search

Namun, Nabila Huda berkata dia menerima kata-kata itu sebagai satu pesanan daripada seorang bapa kepada seorang anak.

“Ketika saya membaca mengenai itu, saya agak terkejut dan tersentuh dengan ulasan papa. Tapi saya menerimanya dengan hati yang terbuka sebab ia bagaikan satu pesanan dari seorang bapa buat anaknya.

“Malah, saya pasti, berkat doa papa sedikit sebanyak ia memberikan semangat buat saya untuk menjalani hari-hari mendatang,” katanya.

Pelakon Nabila Huda dan anaknya Keisha Laila berusia empat tahun mengalami kemalangan sewaktu pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan pada petang Ahad lalu. Dalam kejadian tersebut, anak perempuan aktres itu, Keisha cedera dan retak di siku tangan kiri dipercayai tercampak selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) Mitsubishi Triton dinaiki bersama ibu serta dipandu oleh pelakon, Syazwan Zulkifli terbalik.

Mengulas lanjut mengenai keadaanya kini akibat daripada kemalangan yang menimpanya tempoh hari, Nabila Huda memberitahu dia kini mengalami masalah tulang belakang.

“Tulang belakang dan tengkuk saya lari sedikit akibat dari kemalangan itu. Tapi itu semua tak penting kerana saya boleh inya. Yang penting Keisha selamat.

“Doktor hanya beri ubat dan suruh saya berehat selama 3 hari daripada melakukan apa-apa aktiviti berat seperti bekerja dan sebagainya. Jumaat ini saya akan sambung penggambaran untuk drama bersiri berjudul Dia Suamiku terbitan Metrowelath (MIG),” luahnya lagi.

#Artikel tentang Keisha dan Nabila Huda.

Artikel Menarik
sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=15742&c=1&s=1




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.