Isnin, 9 September 2013

Isnin, September 09, 2013
Penyanyi Jangan Pikirin Abang Pilih Malaysia | Penyanyi Indonesia yang kian terkenal dengan lagu ‘Jangan Pikirin Abang’, Firman menjelaskan yang dia bakal melancarkan album terbarunya secara besar-besaran dahulu di Malaysia sebelum negara kelahirannya sendiri, Indonesia.

Penyanyi Jangan Pikirin Abang Pilih Malaysia

“Saya bakal melancarkan album terbaru berkonsepkan mini album. Mengandungi lima buah lagu, album ini akan dipasarkan oleh Life Records Malaysia berjudul ‘Aku Anak Melayu’. Antara lagu-lagu yang ada dalam album itu adalah lagu yang kini menjadi siulan ramai, ‘Jangan Pikirin Abang’ dan lagu terbaru saya, ‘Hatimu Batu’ yang menjadi ‘single’ kedua saya untuk album itu,” jelas jejaka tinggi lampai ini ketika ditemui baru-baru ini.

“Setakat ini proses untuk menyiapkan album itu telah hampir sempurna. Mengikut perancangan, album itu bakal dilancarkan sebelum akhir Disember ini, antara bulan Oktober atau November. Album itu akan dilancarkan secara besar-besaran di Malaysia, barulah di Indonesia. ‘Showcase’ dan jejalah untuk mempromosikan album itu juga sudah direncanakan oleh pihak pengurusan saya di sini, tetapi semuanya masih dalam perancangan,” ujar bekas peserta Indonesian Idol ini lagi.

Ketika diminta mengulas mengapakah dia memilih ‘Aku Anak Melayu’ sebagai tajuk album barunya, Firman ada penjelasannya tersendiri.

“Saya pilih tajuk tersebut kerana saya ingin katakan kepada semua bahawa saya ini anak Melayu. Saya orang Melayu Medan, keturunan Melayu Deli. Jadi semua lagu saya bernuansa Melayu baik dari segi irama, lirik dan komposisinya. Saya ingin juga tunjukkan kepada penggemar muzik di luar sana, betapa bangganya saya dengan muzik dan nada Melayu ini,” ucap Firman lagi.

Bercakap mengenai dirinya yang mula dikenali di Malaysia dengan lagu ‘Kehilangan’ di sekitar pertengahan tahun ini, Firman mendedahkan dia berasa terkejut dengan perkara itu sedangkan lagu itu diterbitkan di sekitar tahun 2009 di Indonesia.

“Saya sungguh terkejut dengan perkara ini. Lagu ‘Kehilangan’ dibikin sekitar tahun 2009 dan menjadi popular di sana sekitar 2009 hingga 2012. Tahun 2013 pula menyaksikan lagu itu mendapat penerimaan baik sekali di negara ini. Saya rasakan kekuatan lagu itu sendiri terletak pada temanya iaitu cinta. Banyak orang mengalami keadaan yang sama seperti lagu tersebut. Untuk album baru, akan ada beberapa lagu mengekalkan tema tersebut agar ceritanya mudah sampai menyentuh jiwa pendengar,” ulas Firman lagi mengakhiri perbualan.

sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/Firman_Pilih_Malaysia_Dari_Indonesia.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.