Khamis, 19 September 2013

Khamis, September 19, 2013
Rozita Che Wan Berpakaian Ketat Kerana Mahu Jaga Badan | Rozita Che Wan sememangnya terkenal sebagai seorang selebriti yang gemar berpakaian cantik. Pakaian yang dikenakan biasanya menunjukkan susuk tubuhnya yang tinggi dan langsing walaupun mencecah usia awal 40′an.

Rozita Che Wan Berpakaian Ketat Kerana Mahu Jaga Badan

Menerusi mStar Online, Rozita berkata yang dia gemar memakai pakaian ketat untuk menjaga bentuk tubuhnya agar kekal langsing.

"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita."

"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh."

Dalam pada itu, Rozita turut berkata yang dia hanya mengehadkan amaun makanan yang dimakan, bukan jenisnya. Menurut Rozita juga, dia tidak begitu gemar mengikut trend fesyen.

"Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya.

"Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang.

"Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri."

sumber
http://beautifulnara.com/rozita-che-wan-pakai-ketat-kerana-mahu-jaga-badan/


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.