Jumaat, 20 September 2013

Jumaat, September 20, 2013
Tasha Shila Nafi di Tangkap Khalwat Dengan Mahali Jasuli | Pada minggu lalu, peminat bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita tentang dua pemain bola sepak yang telah ditangkap khalwat di sebuah hotel di Kuantan, Pahang.

Tasha Shila Nafi di Tangkap Khalwat Dengan Mahali Jasuli

Menariknya, ada pula segelintir pihak yang telah mengaitkan bahawa salah seorang pemain tersebut merupakan Mahali yang telah ditangkap bersama Tasha.

"Sudah tentu saya berasa sangat terkejut apabila ada rakan-rakan yang bertanya mengenainya tetapi ia tidak benar kerana yang ditangkap adalah pemain pasukan Pahang, sedangkan Mahali pula bermain untuk Selangor.

"Jadi, saya meminta supaya mereka yang telah mengaitkan kami supaya selidik terlebih dahulu dan tidak elok sekiranya membuat tuduhan melulu dan mereka-reka cerita yang tidak benar," tegasnya.

Menyatakan dirinya tidak mahu ambil pusing tentang dakwaan yang dibuat, namun Tasha mengakui perkara yang timbul itu sesuatu yang memalukan dirinya apabila namanya tiba-tiba dikaitkan.

"Saya tidak tertekan sangat tentang perkara ini kerana sudah nyata saya memang tidak bersalah. Yang lebih penting, ahli keluarga tahu yang saya di pihak yang benar," tegasnya.

Artikel Menarik
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2fOtcJdLa



0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.