Ahad, 1 September 2013

Ahad, September 01, 2013
Tukang Rumah Selamat Walaupun Tukul Melekat Di Kepala | Seorang tukang rumah terselamat daripada maut walaupun sebatang penukul melekat di dahinya selepas dia terjatuh dari ketinggian tiga meter di tempat kerjanya.

Tukang Rumah Selamat Walaupun Tukul Melekat Di Kepala

Bahagian belakang penukul dilihat mengenai dahi di bahagian atas mata kiri Yuan Dongjiang ketika dia sibuk menanggalkan bumbung sebuah gudang di Nanning, wilayah Guangxi China, baru-baru ini.

Pekerja berusia 40 tahun itu bagaimanapun masih berada dalam keadaan sedar dan dapat berfikir apabila tiba di sebuah hospital.

Pemeriksaan X-ray menunjukkan penukul tersebut menembusi dahi.

Dia bernasib baik kerana matanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Doktor kemudian berjaya mengeluarkan penukul itu dan Dongjiang kini semakin sembuh di hospital. - Agensi

Artikel Menarik
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2ddQGZSMN 



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.