Isnin, 7 Oktober 2013

Isnin, Oktober 07, 2013
Aeril Zafrel Mahu Ambil Tindakan Mahkamah  | Aeril Zafrel, dilaporkan enggan memberi sebarang komen terhadap berita perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal seperti yang sedang kecoh di laman sosial sekarang. Bahkan menurut pembantu Aeril, beliau dikatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu terbabit.
Aeril Zafrel Mahu Ambil Tindakan Mahkamah
Menurut pembantu peribadinya Aman, buat masa ini pelakon tersebut sedang sibuk dengan penggambaran drama namun beliau ada memberitahu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan berita itu.

"Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti," katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tentang status pernikahan Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut juga dikatakan telah memperolehi seorang cahaya mata pada 24 Ogos 2013 yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Artikel tentang Aeril Zafrel

Artikel Menarik
sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/10/7/mstar_hiburan/20131006154410&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.