Rabu, 9 Oktober 2013

Rabu, Oktober 09, 2013
David Teo Nafi Beliau Adalah Dalang Itu | Selepas keluarnya artikel dan laporan mengatakan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah bernikah menjadi perhatian ramai, Wawa Zainal melalui Twitter menulis satu kemaskini yang berbunyi seperti beliau sudah mengetahui siapa dalang disebalik penyebaran berita itu.

David Teo Nafi Beliau Adalah Dalang Itu

Salah seorang individu secara tidak langsung turut terpalit dengan tuduhan sebagai dalang adalah David Teo sendiri, dimana beliau yang merupakan Pengarah Urusan MIG Pictures Sdn Bhd tempat anak didiknya Wawa Zainal bernaung sebagai artis residen.

Menerusi Berita Harian hari ini, David Teo memaklumkan yang beliau berasa hairan kerana ramai yang beranggapan individu yang dimaksudkan Wawa Zainal dakan status Twitter itu seolah olah merujuk kepada dirinya.

“Kenapa pula mengaitkan saya mempunyai niat untuk menjatuhkan mereka, sedangkan selama ini saya bersusah payah menaikkan mereka, mahu bagi mereka popular”

“Saya ibarat bapa kepada semua artis di bawah naungan MIG, takkan saya mahu lihat anak sata gagal dalam kehidupannya,” jelas David Teo tentang dakwaan itu.


Dalam pada itu juga, David Teo sempat meminta Wawa Zainal untuk menghubungi MIG Pictures bagi membincangkan perihal kerjayanya dan beliau melihat aktres itu mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh dalam kariernya.

Artikel Menarik
sumber
http://www.rotikaya.com/david-teo-nafi-ada-motif-mahu-jatuhkan-wawa-zainal-aeril-zafrel/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.