Selasa, 8 Oktober 2013

Selasa, Oktober 08, 2013
Gila, Cubaan Tarik ATM Guna Myvi | Tiga lelaki bertopeng hanya sempat menarik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sejauh satu meter menggunakan Perodua Myvi di sebuah bank di Kampung Kubang Kurus, Kemaman sebelum terpaksa melarikan diri apabila alat penggera keselamatan berbunyi disusuli kehadiran pengawal keselamatan bertugas di pasar raya berhampiran.

Gila, Cubaan Tarik ATM Guna Myvi

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian itu dikesan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang lelaki berada dalam bank manakala dua lagi suspek menunggu di luar sebelum cuba menarik mesin ATM itu menggunakan tali.

Menurutnya, alat penggera keselamatan bank berkenaan berbunyi sebaik mesin itu ditarik satu meter oleh kereta dinaiki tiga lelaki terbabit.

Katanya, bunyi bising alat penggera keselamatan itu mengejutkan seorang pengawal keselamatan berusia 26 tahun yang menjaga sebuah pasar raya berhampiran bank berkenaan.

“Pengawal keselamatan yang curiga dengan bunyi itu bergegas ke kawasan bank berkenaan sebelum mendapati tiga lelaki menarik satu daripada tiga mesin dengan kereta yang mereka naiki.

“Menyedari tindakan mereka diperhatikan pengawal keselamatan itu, ketiga-tiga suspek membatalkan niat mereka dan terus melarikan diri dengan kereta berkenaan menuju arah Kuala Terengganu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam.

Artikel Menarik
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TarikATMgunaMyvi/Article/index_html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.