Selasa, 8 Oktober 2013

Selasa, Oktober 08, 2013
Indra Putra Di Ugut Bunuh Angkara Mat Yo | Sejak tamat perlawanan antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dengan kemenangan berpihak keatas Kelantan 6-1, ada dikalangan peminat pasukan JDT tak puas hati dengan pemain pasukan lawan, terutamanya kes membabitkan Mat Yo disiku oleh Indra Putra dan pengadil.

Indra Putra Di Ugut Bunuh Angkara Mat Yo

“Korang (anda) semua ada tak lubang-lubang kongsi gelap yang ada pembunuh upahan. Aku nak upah bunuh ref (pengadil) dengan Indra Putra (Mahayuddin, penyerang pasukan bola sepak Kelantan).


“Kalau dapat cacatkan dia pun ok. Harga aku bagi double (dua kali ganda).” Demikian coretan berunsur ugutan diposkan seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) melalui laman sosial Facebook (FB).


Ugutan bunuh itu terpapar di laman FB milik lelaki terbabit selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu lalu yang menyaksikan pasukan The Red Warriors (TRW) membenam JDT 6-1.

Lelaki tersebut membuat kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh pengadil perlawanan malam berkenaan serta Indra Putra.

Difahamkan, lelaki itu tidak puas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa mengasari penyerang JDT Norshahrul Idlan Talaha sehingga menyebabkan hidung pemain kebangsaan itu berdarah dan diberikan rawatan.

Artikel Menarik
sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/IndraPutradiugutbunuh//Article?HarianMetro


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.