Khamis, 10 Oktober 2013

Khamis, Oktober 10, 2013
Jam Tangan Tikker Kira Detik Maut! | Sebelum ini terdapat laman web yang boleh meramal bila ibu bapa anda akan mati. terkini sebuah jam tangan mampu meramal dan mengira detik maut atau detik kematian diri anda sendiri.

Jam Tangan Tikker Kira Detik Maut!

Sebuah akhbar melaporkan jam tangan jenama Tikker itu membuat ramalan tersebut berpandukan maklumat kesihatan yang diisi oleh pemiliknya.

Selepas data diisi, jam tangan Tikker akan memulakan pengiraan detik kematian individu tersebut. Gajet yang juga dikenali sebagai 'jam tangan kematian' itu dicipta oleh pereka dari Sweden, Frendrik Colting.

"Saya mereka jam tangan elektronik ini bukan untuk menakutkan pengguna," kata Colting.

"Sebaliknya, saya mahu mereka lebih menghargai kehidupan dan masa yang mereka ada," tambahnya.

Skrin atas jam digital itu memaparkan tahun, bulan dan hari manakala paparan bawah mempunyai kiraan detik jam, minit dan saat.

Jam Tangan Kira Detik Maut!

Jam tangan itu yang didatangkan dengan warna putih dan hitam, dijual di pasaran pada harga sekitar AS$59 (RM188). - Agensi

#Untuk mengaktifkan jam Tikker, pemakainya perlu mengisi soal selidik dengan memasukkan maklumat sejarah perubatan mereka, termasuk alahan atau penyakit. Mereka juga ditanya sama ada mereka pemabuk atau merokok dan jika terdapat sebarang kejadian kanser, kencing manis dan penyakit lain dalam keluarga mereka. Pemakai turut ditanya mengenai berapa banyak senaman yang mereka lakukan, serta berapa banyak mereka berat sebelum menerima skor.

Artikel Menarik
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2hFEcVVBK 
http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2448539/Tikker-watch-shows-countdown-death.html



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.