Isnin, 7 Oktober 2013

Isnin, Oktober 07, 2013
Mejar Dr Faiz Belum Sedia Dedah Identiti Kekasih  | Mejar Dr. Faiz Khaleed mengakui beliau kini sedang mengenali hati seseorang sebelum menjalinkan hubungan rapat yang lebih serius.

Mejar Dr Faiz Belum Sedia Dedah Identiti Kekasih

"Saya mengenalinya daripada rakan saya dan dia bukan dalam bidang yang sama dengan saya. Sebenarnya saya sedang mengenali dia. Sudah setahun saya berkenalan dengannya.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah saya selesa berkawan dengan dia. Walaupun dia bukan berasal dari latar belakang yang sama, tapi dia sangat memahami kerjaya saya. Kalau saya sedang bekerja, saya tidak boleh selalu menghabiskan masa dengan dirinya dan dia maklum dengan perkara tersebut," katanya lagi.

Dr. Faiz diminta memberi mengulas mengenai hubungannnya dengan seorang wanita yang dibawa ketika malam gala tersebut . Mereka kelihatan sangat mesra bersama ketika di dalam majlis itu.

Dalam pada itu, Dr. Faiz memberitahu dia tidak dapat mendedahkan identiti wanita berkenaan kepada umum demi menghormati permintaan kekasih dan keluarga kekasihnya itu.

"Maaf, kalau boleh saya enggan mendedahkan dengan terperinci mengenai identiti gadis itu. Saya menghormati dirinya, jadi saya rasa kurang manis jika saya beritahu siapakah dia. Saya mengenalinya daripada rakan saya dan dia bukan dalam bidang yang sama dengan saya.

"Nanti apabila tiba masa yang sesuai, saya akan beritahu siapakah gerangan orangnya. Buat masa ini, biarlah saya mengambil masa untuk mengenalinya secara perlahan-lahan terlebih dahulu. Tiba waktu yang tepat nanti, saya akan berkongsi dengan semua," jelasnya lagi.

Artikel Menarik
sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=15904&c=1&s=1


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.