Jumaat, 11 Oktober 2013

Jumaat, Oktober 11, 2013
Punca Sebenar Aeril Dan Wawa Rahsiakan Perkahwinan Dan Gambar Perkahwinan | Akhirnya setelah melakukan pengakuan tentang kontroversi pernikahan mereka, Aeril dan Wawa mengakui kesilapan serta memohon maaf kerana merahsiakan perkahwinan tersebut. Menurut kata Aeril dan Wawa, mereka merahsiakan perkahwinan tersebut kerana bimbang dimarahi David Teo,

Punca Sebenar Aeril Dan Wawa Rahsiakan Perkahwinan Dan Gambar Perkahwinan
"Saya mula berkenalan dan bercinta dengan Wawa pada 2010 sewaktu kami berlakon dalam drama Klik. Tapi ketika itu pihak pengurusan Wawa iaitu MIG tidak membenarkan berkawan apatahlagi bercinta.

" Dan demi Allah, pada 25 Februari 2012 saya Aeril Zafrel dan Wawa telah bernikah. Bukan seperti yang kalian dakwa sebelum ini. Pernikahan kami sah.
Selain itu, Aeril turut menjawab kontroversi tentang pernikahan mereka yang dillakukan sebanyak dua kali,
"Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu. Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.

"Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia", kata Aeril Zafrel.
Sidang media itu turut dihadiri oleh bapa Wawa Zainal, peguam Aeril iaitu Zulhasmi Zakaria (Termizi & Co.) dan juga pengurus aktor itu.

Punca Sebenar Aeril Dan Wawa Rahsiakan Perkahwinan Dan Gambar Perkahwinan

Turut dimaklumkan ialah pernikahan kali pertama pasangan ini diadakan di rumah keluarga pengurus Aeril yang terletak di Petaling Jaya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah.

Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut.

Dalam masa yang sama, Wawa membuat pengesahan bahwa laporan media sebelum ini tentang kewujudan anak mereka adalah benar.

"Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut"

Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.

"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.

"Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi., katanya lagi.

Keadaan sidang media menjadi tegang dan 'panas' apabila Aeril dan Wawa cuba menarik tali dengan media dan mereka tidak mahu berterus terang dan cuba membuat media keliru.


Akhirnya Wawa Zainal meminta maaf daripada pihak media kerana merahsiakan perkahwinan mereka dan mereka menipu atas dasar darurat. Darurat dalam erti kata lain, Wawa takut dengan majikannya, David Teo.

"Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab", ujar Wawa dengan nada sebak.

Lantas dicela oleh Aeril, "Oh, media mahu kami minta maaf..., katanya dengan nada yang tidak berpuas hati.


#Alhamdulillah, segala-galanya telah terjawab. Perkahwinan kalau diikutkan sememangnya perlu untuk diwar-warkan, bimbang bila ianya menimbulkan fitnah. Apatah lagi mereka adalah selebriti yang sentiasa diperhatikan oleh peminat. Jom layari artikel tentang Aeril Zafrel dan juga video dibawah (kanan)

Artikel Menarik
sumber
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/459351-isu-kahwin-rahsia-sembunyi-anak-ariel-a-wawa-mengaku-minta-maaf-aerilzafrel-wawazainal.html




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.