Khamis, 10 Oktober 2013

Khamis, Oktober 10, 2013
Sadis, Maut Dalam Mesin Pembancuh Simen | Seorang lelaki warga asing maut setelah tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.

Sadis, Maut Dalam Mesin Pembancuh Simen

Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan telah masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.

Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.

Sadis, Maut Dalam Mesin Pembancuh Simen

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian setelah dirinya terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.

Kejadian tersebut disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.

Artikel Menarik
sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Ajaldikisarmesinsimen//Article?HarianMetro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.