Rabu, 16 Oktober 2013

Rabu, Oktober 16, 2013
1
Sarjan Tertembak Leher Budak 10 Tahun | Seorang anggota polis berpangkat Sarjan tidak menyangka kepulangannya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga mertua di Kampung Belanja Kiri dekat sini berakhir dengan tragedi kelmarin.

Sarjan Tertembak Leher Budak 10 Tahun

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, suspek dipercayai telah terlepas tembakan menyebabkan seorang budak lelaki cedera parah.

Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, yang cedera di leher dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi menjalani pembedahan membuang peluru di dalam kerongkongnya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota itu yang duduk di atas tangga di hadapan rumah mertuanya sedang mengosongkan peluru daripada pistol jenis P99.

"Tiba-tiba satu das tembakan terlepas mengenai leher seorang budak lelaki yang kebetulan lalu di hadapan rumah mertua anggota tersebut.

"Mangsa yang cedera rebah di atas jalan tar mini mini dan dikejarkan ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan " katanya lagi semalam.

Artikel Menarik
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2hrNknDoE 



1 comments:

  1. Macam mana waktu d luar tugas bole bawak balik senjata? Kenapa mesti kosongkan peluru? Kenapa buat kerja tu depan rumah secara terbuka?

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.