Jumaat, 18 Oktober 2013

Jumaat, Oktober 18, 2013
Wawa Dah Lama Putus Tunang Ketika Kami Kahwin - Aeril Zafrel | Aeril Zafrel menerusi myMetro akhirnya membuka mulut dan mengesahkan isterinya Wawa Zainal bukan lagi tunangan kepada Abdul Rashid @ Johari Hambali ketika mereka mula berkawan seperti dilaporkan di media, baru-baru ini.

Wawa Dah Lama Putus Tunang Ketika Kami Kahwin - Aeril Zafrel

Menurut Aeril, sebelum dia dan Wawa menjalin hubungan cinta pada tahun sama.

“Wawa bukan tunangan orang. Ketika kami berkawan, pertunangannya dengan lelaki itu sudah lama putus. Mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan.

“Malah, saya sendiri mengenali lelaki itu dan pernah berhubung dengannya ketika baru-baru berkawan dengan Wawa. Pada saya, itu perkara lama dan tak perlu dijadikan isu,” katanya ketika diminta mengulas isu tersebut.

Kata Aeril lagi, dakwaan itu sengaja dicetuskan pihak tertentu bertujuan mengeruhkan lagi keadaan susulan kontroversi pendedahan pernikahannya dengan Wawa, Jumaat lalu.

“Saya percaya ada pihak sengaja mahu mengeruhkan keadaan. Padahal benda itu sudah lama berlalu dan tak perlu dibangkitkan lagi.

“Kami sudah berkahwin sekarang. Bagilah kami ruang untuk kecapi kebahagiaan pula,” katanya.

Diminta mengulas isu kontrak isterinya bersama pengurusan syarikat produksi Metrowealth (MIG) yang masih berbaki dua tahun, Aeril berkata, dia sudah berbincang dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) semalam bagi mencari jalan penyelesaian.

“Saya berjumpa SENIMAN tadi (semalam) bagi mendapatkan bantuan mereka untuk meredakan keadaan. Saya dan Wawa ambil pendekatan merujuk perkara ini kepada persatuan bagi menjernihkan semula situasi ini.

“Biar SENIMAN berbincang dengan MIG dan David (Teo) dan kita lihat nanti apa tindakan selanjutnya. Secara jujurnya, saya tidak mahu perkara ini berlanjutan dan bertambah keruh,” katanya.

Aeril berkata, dia lebih selesa mendiamkan diri pada waktu ini kerana enggan setiap kenyataan dikeluarkan mengundang salah faham.

“Bila saya bersuara, orang akan tersalah tafsir. Lihat saja apa sudah jadi pada sidang media tempoh hari. Orang tidak tahu keadaan sebenar yang saya dan Wawa alami.

“Saya dan Wawa hanya mahu perkara ini tidak berpanjangan. Sama ada saya dan Wawa bersedia untuk jumpa David atau tidak, saya tidak boleh beritahu sekarang. Kita tunggu respon SENIMAN,” katanya.

Artikel tentang Wawa Zainal

Artikel Menarik

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wawabukanmilikorang/Article/index_html?123


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.