Jumaat, 18 Oktober 2013

Jumaat, Oktober 18, 2013
Wawa Zainal Belum Sedia Bertudung Sepanjang Masa |  Kelibat Wawa Zainal yang berhijab ketika menghadiri sidang media untuk mengumumkan perkahwinannya bersama Aeril Zafrel menimbulkan sedikit persoalan dikalangan peminatnya.

Wawa Zainal Belum Sedia Bertudung Sepanjang Masa

Namun menurut Wawa, dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan berusaha mendekatkan diri dengan agama;

"Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama. Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.

"Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi," katanya. 


Mengharapkan kebahagiaan dengan perkahwinannya ini, Wawa turut memohon agar masyarakat tidak lagi memandang serong atas apa yang telah berlaku sebelum ini;

"Saya mohon agar kami diberi ruang untuk memulakan hidup baru sekeluarga. Janganlah kerana peristiwa lalu, tohmahan dan cercaan ini berterusan.

"Kasihanilah anak kami kerana dia tidak berdosa dan dia adalah cinta halal kami. Hentikan tohmahan dan cercaan yang bukan-bukan," ujar ibu kepada Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu.

Artikel tentang Wawa Zainal

Artikel Menarik


sumber
http://mediahiburan.karangkraf.com/memang-hot/wawa-zainal-belum-sedia-bertudung-penuh-1.212204


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.