Sabtu, 9 November 2013

Sabtu, November 09, 2013
2
Kerana Pakatan Rakyat Mat Yo Bakal di Gantung Seumur Hidup? | Kerana tindakan Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang menayangkan kalimah Allah dibaju ketika perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dengan Bahrain pada 15 Oktober lalu beliau mungkin akan digantung dari permainan bolasepak seumur hidup.

Kerana Pakatan Rakyat Mat Yo Bakal di Gantung Seumur Hidup?

Begitulah info yang diterima dari sebuah blog politik. Menurut blogtersebut, semuanya terjadi setelah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerima aduan mengenai perkara tersebut dari sebuah parti politik pembangkang di Malaysia dan mereka bakal membuat keputusan mengenai nasib pemain negara merangkap pasukan JDT itu pada bila-bila masa dari sekarang.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pada 30 Oktober yang lepas, berkata bahawa FAM telah menghantar surat penjelasan mengenai perkara tersebut kepada AFC dan Mat Yo juga telah memberikan penjelasan beliau kepada FAM.

Berdasarkan peraturan empat, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (kelengkapan pemain), mana-mana pemain tidak dibenarkan menayangkan apa-apa mesej sensitif berkaitan politik, agama mahupun komersial ketika berlangsungnya sesebuah perlawanan bola sepak.

# Admin tak rasa tindakan Mat Yo tu adalah tindakan menghina atau kurang ajar sangat....cuma bila perkara ini dikaitkan dengan pemikiran tahap politik sempit, itu yang akan menyukarkan lagi keadaan. Sumbangan dan keringat Mat Yo masih perlu untuk negara. Bagi blog picisan yang mementingkan tekak sendiri tu, apa sumbangan kalian kepada negara? (link blog tersebut seperti dibawah)

sumber
http://negarapakatanrakyat.blogspot.com/2013/11/kalimah-allah-pr-berjaya-hadap-kes-mat.html


2 comments:

  1. blog tu bukan blog pakatan rakyat admin yg bijak jangan menilai dgn pemikiran sempit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekekeke....budak darjah satu pn boleh nilai blog tu blog sokong mana....ko yg jgn nilai org dgn pemikiran kolot,sempit dan taksub!!!!

      Padam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.