Ahad, 3 November 2013

Ahad, November 03, 2013
Nad Zainal Nafi Putus Cinta | Nad Zainal, pelakon yang tercalon menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama sempena Anugerah Skrin 2013, telah memberitahu kepada pihak media bahawa dia & kekasihnya masih bersama dan tidak pernah berpisah seperti yang digosipkan oleh sebuah akhbar.

Nad Zainal Nafi Putus Cinta

“Saya pun tidak tahu mengapa gossip sebegini boleh timbul, walhal saya dan kekasih masih baik dan tidak pernah ada masalah timbul dan dalam hubungan kami. Saya agak terkejut juga apabila ramai orang dan juga peminat saya tweet sana sini tentang hubungan saya ini,” ujarnya.

Jelasnya lagi, hubungan mereka tidak ada masalah dan kemungkinan besar juga dia menganggap bahawa sekarang ini tidak adanya lagi gambar-gambar mesra di antara dia dan juga kekasih yang di muat naik di laman sosial Instagram.

“Memang tidak ada sebarang masalah dalam perhubungan kami, cuma apa yang saya boleh terfikir di sini adalah mungkin disebabkan jarang untuk saya memuat naik gambar-gambar saya bersama dia di Instagram dan disebabkan itu juga orang ramai mula membuat andaian bahawa saya dan dia telah tidak bersama lagi”

Dia turut memberitahu bahawa tidak perlulah dia dan kekasih untuk terlalu ‘expose’ dalam perhubungan mereka seperti menunjuk dan berkepit kemana-mana sahaja sehingga boleh menimbulkan fitnah dan mungkin boleh menjengkelkan orang yang melihatnya.

“Dalam setiap perhubungan tidak perlulah untuk kami terlalu ‘expose’, berkepit sana sini, dan itu sudah bagaikan suami isteri pula apabila keadaan itu terjadi dan seelok-eloknya saya lebih selesa dengan keadaan sekarang di mana pekerjaan tidak perlu dicampur adukkan dengan kisah percintaan,” katanya.


Artikel Menarik
sumber
http://www.rotikaya.com/nad-zainal-nafi-putus-cinta/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.