Khamis, 7 November 2013

Khamis, November 07, 2013
Shaheizy Sam Tunggu Pinangan Orang Perempuan | Kebiasaannya, kaum wanita menunggu pinangan, namun terbalik pula dengan aktor popular, Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abd Samad, yang mengakui menunggu pinangan daripada kaum Hawa itu.

Shaheizy Sam Tunggu Pinangan Orang Perempuan

“Saya masih menunggu calon wanita yang sesuai untuk meminang saya!,” katanya sambil berseloroh.

"Setakat ini, saya tidak mempunyai sesiapa. Walaupun berkawan dengan ramai orang. Saya bukan seorang yang memilih. Tetapi belum jumpa wanita yang tepat, sebab saya sendiri tidak mencari. Saya seorang yang menunggu!,” katanya yang tidak terlalu memikirkan kesempurnaan seseorang wanita, cukup sekadar comel dan memiliki ciri-ciri kewanitaan.

Tambah Shaheizy Sam lagi, sekiranya dia berjumpa dengan seorang wanita yang sederhana dan berjaya menyentuh hatinya, dia akan segera memberitahu kepada rakan media berhubung kisah cintanya walaupun mungkin sesetengah orang berpendapat dia seorang perahsia.

Menurutnya, walaupun dia seorang yang hidup dalam dunia sendiri tapi itu tak bermakna tidak mahu berkongsi cerita dengan sesiapa lebih-lebih lagi peminatnya.

"Sebenarnya apa yang menghantui saya, saya rasa, saya ni seorang yang sangat membosankan!,” katanya yang enggan mengulas mengenai hubungan mesranya dengan aktres Fazura seperti yang digemburkan sebelum ini.

Baginya,  dia sering kali dikaitkan dengan hubungan cinta bersama aktres wanita, namun perkara itu tidak benar kerana hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang kawan.


#Btw, kaum wanita kalau kahwin dengan Sam memang tak payah nak risau sangat tentang bab masak memasak....Sam pun pandai memasak wooo..

sumber
http://www.sinarharian.com.my/shahiezy-sam-tunggu-pinangan-1.217853


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.