Rabu, 11 Disember 2013

Rabu, Disember 11, 2013
Gambar Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin | Memilih tarikh istimewa  pada 11 Disember 2013, akhirnya pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah sah diijabkabulkan dan menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Gambar Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Pasangan sama cantik sama padan ini kelihatan menawan dengan busana pengantin berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal, Man Kajang telah dinikahkan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada jam 9.04 malam tadi dengan sekali lafaz.


Rozita menerima mas kahwin sebanyak RM9,300, cincin kahwin bernilai RM93,000 dan wang hantaran RM23,200 bersama sembilan dulang yang dibalas sembilan dulang oleh pihak Zain.



Untuk pengetahuan anda, persalinan kurung moden yang digayakan oleh Che Ta dikatakan bernilai RM150,00 termasuk tajaan tiara dan kasut.

Gambar Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin


Dikatakan juga, pengantin baru ini akan berlepas ke Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam dua hari selepas majlis persandingan untuk menikmati bulan madu mereka selama 19 hari. Jom lihat beberapa gambar pernikahan mereka dibawah.















Artikel Menarik
sumber
http://www.rotikaya.com/wedding-of-the-year-zain-saidin-kini-sah-bergelar-suami-rozita-che-wan/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.