Isnin, 30 Disember 2013

Isnin, Disember 30, 2013
"Jangan Mainkan Perasaan Wanita "- Izreen Azminda Kepada Johan As'ari | Ezreen Azminda, pelakon yang pernah dikaitkan bercinta dengan Johan As'ari, Izreen Azminda menasihatkan agar beliau berhenti dari memainkan perasaan wanita.

"Jangan Mainkan Perasaan Wanita "- Izreen Azminda Kepada Johan As'ari

Menurut Izreen lagi, Johan sepatutnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.
"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.

"Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya," katanya ketika dihubungi wartawan semalam.
Izreen berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan Johan yang memutuskan hubungan dengan pelakon Lana Nordin setelah sebulan menjalinkan hubungan cinta.


Kata Izreen lagi, sebagai selebriti, Johan juga perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan yang melibatkan maruah orang lain.

"Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius.

"Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing," katanya.


Dalam pada itu, mengulas tentang hubungannya dengan lelaki tersebut yang pernah menjadi kontroversi satu ketika dahulu, Izreen berkata, dia sudah melupakan semuanya.

Hubungan Izreen Azminda dan Johan As'ari pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2011, apabila wanita itu mendedahkan hubungan percintaan mereka, bagaimanapun dinafikan Johan yang sebaliknya menganggap mereka hanya sebagai kawan rapat sahaja.

Izreen Azminda Kini Bahagia Dengan Keluarganya

Izreen kini telah pun bahagia dengan suaminya dan kini telah dikurniakan seorang cahayamata sebagai pengikat kasih sayang mereka.

note-Gambar Izreen Azminda menangis tiada kena mengena dengan artikel diatas, harap maklum.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/12/30/mstar_hiburan/20131229173444&sec=mstar_hiburan
http://instagram.com/izreenazminda


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.