Ahad, 8 Disember 2013

Ahad, Disember 08, 2013
Terbaru, Erma Fatima Bayar Rabecca Guna Wang Kertas RM1 | Meskipun pelakon dan pengarah, Erma Fatima sudah melunaskan hutang saman Rabecca Nur Al Islam dengan menghantar dua kotak besar bungkusan syiling 5 sen ke pejabat peguamnya, namun cara pembayaran itu tidak diterima oleh Rabecca dan peguamnya kerana didakwa beliau menyalahi undang-undang.
"Rebecca tidak menerima wang tersebut kerana berdasarkan nasihat peguamnya, wang syiling tidak seharusnya melebihi RM30 dan ini sudah dikira melanggar undang-undang."

"Tindakan sedemikian juga melihatkan bahawa Erma tidak berpuas hati dengan Rebecca walaupun mahkamah telah membuat keputusan berhubung perkara ini."

Terbaru, Erma Fatima Bayar Rabecca Guna Wang Kertas RM1

Mengakui memang tahu pembayaran saman menggunaka duit syiling tidak boleh melebihi RM20, Erma Fatima menukar pula strategi pembayaran dengan menggunakan duit kertas RM1. Dia kini sudah meminta bank menyediakan RM1 sebanyak 11,200 keping yang dianggarkan memakan masa tiga hingga empat hari.

Macam-macam pula perangai Erma. Beliau yang diminta mengulas mengenai tindakan kebudak-budakan itu memberitahu tidak kisah bersusah payah menukar wang di bank. Ia dilakukan demi membayar kesusahan yang diberikan Rebecca dalam hidupnya apabila membawa kes itu ke mahkamah.

Dia juga berharap dengan pembayaran itu akan membolehkan kes mereka berdua akan selesai dengan cara baik
"Jika Rebecca menerima bayaran RM1 nanti, harap tidak terus melenting, sebaliknya beralah dengan membawanya ke bank supaya dapat menggunakan wang kemenangannya. Tidak kisahlah dibayar dengan nota RM1 kerana nilainya tetap sama. Beralah bukan bererti kalah."

Artikel Menarik
sumber
http://plbgaimacam.blogspot.com/2013/12/erma-fatima-bayar-saman-rabecca-dengan.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.