Rabu, 8 Januari 2014

Rabu, Januari 08, 2014
"Alhamdulillah, Tawaran Berlakon Masih Ada"-Rabecca Islam | Setelah dihimpit kontroversi dengan seorang pengarah terkenal baru-baru ini, Rabecca Isalm akhirnya berjaya dalam kes tuntutannya itu dan menariknya dia telah mendermakan kesemua wang tersebut kepada mangsa banjir di Pahang.

"Alhamdulillah, Tawaran Berlakon Masih Ada"-Rabecca Islam

Memulakan tahun baru, kata Rabecca, dia tak mengharapkan apa-apa sebaliknya mahu memulakan hidup di tahun baru ini dengan lebih positif.

“Tiada apa yang saya harapkan tahun ini selain semua keluarga saya sihat, murah rezeki dan rumah tangga saya berbahagia selalu. Dari soal kerjaya pula, saya harap rezeki saya semakin murah.

“Tiada istilah dendam dan sebagainya. Apa yang berlaku, saya mahu lupakan sahaja. Saya mahu mulakan hidup baharu dengan lebih positif,” katanya.

Biarpun dihambat dengan kontroversi mengenai isu pembayaran, Rabecca berkata, tidak ada lagi terdengar cerita ada penerbit atau pengarah yang bimbang untuk mengambilnya bekerja.

“Alhamdulillah tawaran masih ada dan bulan Februari ini saya akan mula memasuki set penggambaran. Tapi projeknya tidak dapat saya dedahkan dulu kerana sepatutnya penggambaran bermula bulan ini, tapi saya minta tangguh kerana ada urusan penting bulan ini.

“Bagi yang biasa bekerja dengan saya, mereka tahu saya profesional dalam bekerja,” katanya.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/rebecca-tiada-istilah-dendam-1.237855


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.