Isnin, 13 Januari 2014

Isnin, Januari 13, 2014
Anggota Polis Pening Tepi Jalan di Ambil Tindakan | Akhirnya Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri Bin Dahlan membuat satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman facebook Polis Di raja Malaysia Selangor berkaitan anggota PDRM yang mengambil alkohol (pening) ditepi jalan telah diambil tindakan.

Anggota Polis Pening Tepi Jalan di Ambil Tindakan
Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti .

Kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti.
Artikel Menarik 
sumber
https://www.facebook.com/PolisSelangor 


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.