Selasa, 14 Januari 2014

Selasa, Januari 14, 2014
"Berhenti Aibkan Saya", Jep Sepah | Berikutan artikel dari sebuah akhbar tempatan yang cuba mengaitkan Jep Sepah sebagai meninggi diri, Jep Sepah yang membuat kenyataan menerusi Astro meminta pihak berkenaan berhenti dari terus mengaibkan dirinya.

"Berhenti Aibkan Saya", Jep Sepah

“Berhenti aibkan saya! Saya agak terkejut dengan artikel tersebut yang mana saya rasakan seperti ‘baling batu sembunyi tangan’. Jika benar saya ada meninggi diri sebelum ini berikan saya bukti siapa peserta MLM 2013 yang jaja cerita tersebut? Saya tidak rasa ada peserta MLM jaja cerita kerana kami sama-sama kawan baik dan tiada masalah pun.

“Rasanya kami bertiga yang sama-sama bersusah- payah mengeluarkan idea dan cuba buat sehabis baik di gelanggang MLM  setiap minggu. Tiada istilah saya sahaja yang gerakkan Sepahtu sedangkan yang lain tidak membantu. Saya anggap artikel tersebut cuba menjatuhkan dan melagakan saya dengan ahli kumpulan Sepahtu dan saya sememangnya agak terkilan dengan apa yang terjadi,” kata Jep kecewa.


Kata Jep lagi, artikel tersebut bagaimanapun tidak sama sekali mengganggu fokus kumpulan Sepahtu untuk menghadapi program MLM 2013 kerana buktinya mereka berjaya memenangi sebuah kereta baharu Perodua Alza pada minggu kesembilan MLM.

“Artikel tersebut sama sekali tidak menganggu fokus saya serta kumpulan Sepahtu kerana buktinya Rahim berjaya dipilih sebagai ‘Man Of The Match’ selain Sepahtu berjaya memenangi sebuah kereta Perodua Alza baharu. Ini semua atas usaha serta sokongan peminat yang tidak putus-putus dan percaya dengan kemampuan kumpulan kami.

“Para peminat banyak beri sokongan dan bantu kami sejak dahulu lagi. Tanpa mereka tidak mungkin kami mampu untuk berada dalam keadaan sekarang. Saya pun tidak mahu perkara ini diperbesarkan Cuma apa yang sama mahu adalah berhenti buat tuduhan tanpa sebarang bukti kukuh," tambahnya.

"Berhenti Aibkan Saya", Jep Sepah

Dalam pada itu, Shuib yang juga salah seorang ahli kumpulan Sepahtu terkejut dengan artikel tersebut dan menafikan Jep meninggi diri seperti yang didakwa.

“Saya kenal Jep macam mana. Dia seorang yang sangat menghormati pandangan dan kemampuan individu lain. Kami bertiga yang sama-sama berusaha naikkan nama  Sepahtu. Berhenti lempar tuduhan yang boleh menjatuhkan kredibiliti Jep,” kata Shuib dengan nada kecewa.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/108634/Berhenti-Aibkan-Saya-%E2%80%93-Jep-Sepahtu.aspx
http://instagram.com/jepsepahtu


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.