Isnin, 13 Januari 2014

Isnin, Januari 13, 2014
Bila Fasha Sandha Lepas Geram Pada Peminat | Semalam komen ibu Fasha Sandha terhadap seorang peminat. Kali ini luahan Fasha Sandha sendiri terhadap peminat beliau yang bernama Ungku Sabariah tersebut. Ikuti luahan Fasha Sandha sendiri dibawah.

Bila Fasha Sandha Lepas Geram Pada Peminat
Salam dear makcik @ungkusabariah
Saya ingin memohon maaf, terhadap apa yg saya ingin katakan disini,sesungguhnya nama seindah makcik 'ungku sabariah' tidak seindah perilaku makcik. Makcik juga seorang ibu dan seorang isteri, saya pasti suami dan anak2 makcik pasti malu dengan komen2 yang makcik berikan di laman instagram ibu mertua saya. Saya pasti anak2 makcik juga berpelajaran dan boleh berfikir bahawa sesungguhnya tidak elok untuk kita memperkatakan yang tak baik tentang orang lain atau dengan erti kata lain (batu api).

Saya benar2 simpati dengan orang2 yang bersikap seperti makcik ini. Memberi komen berunsur penghinaan terhadap ibu saya. Cuba makcik fikir, apa perasaan anak2 makcik dan apa yg anak2 makcik akan lakukan sekiranya makcik dihina?
Kalau makcik ni peminat bekas menantu @rajanoora sekalipun, tak mengapa. Tetapi tidak perlu membandingkan, menghina atau menjadi batu api sehingga mewujudkan sengketa antara satu sama lain.

Sesungguhnya orang2 seperti makcik ni harus cuci hati makcik agar bersih.
Saya tidak kisah jika mertua saya lebih baik dengan bekas besan atau bekas menantu beliau berbanding dengan saya..itu hak beliau. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu. Tetapi kita sebagai hamba Allah tidak perlu mengotorkan hati dan minda dengan mengatakan yang tidak baik sehingga mengguriskan perasaan orang lain. Beliau adalah ibu saya, ibu yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan saya.

Saya dan ibu saya mempunyai keluarga yang besar di Perlis dan kami hidup dalam keadaan harmoni semenjak saya kecil walaupun dalam keadaan sederhana. Ibu saya yang membesarkan saya 4 adik beradik sendiri sejak saya kecil tanpa pertolongan daripada sesiapapun. Walaupun tanpa nafkah daripada seorang yang bergelar ayah ..kami tetap boleh membesar dan bersekolah.

Dear Makcik Ungku Sabariah,

Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya, tetapi saya tidak akan benarkan orang menghina keluarga saya.
Cukuplah hinaan hanya diberikan kepada saya. Saya pasti mampu untuk menanggungnya.

Bertaubatlah makcik, cuci hati makcik. Semoga makcik sedar, perbuatan makcik ini dilarang dalam agama kita. Makcik juga seorang ibu. Renung renungkanlah
Salam JUMAAT buat semua. 
Dan satu lagi,
Mula2 makcik ungku Sabariah ada 43 followers, lepas tu makcik terus private akaun makcik.

Now makcik ungkusabariah dah deleted her instagram account. Mungkin sbb tak tahan kerana followers saya tegur dia.Makcik,Makcik tau siapa makcik, dan keluarga makcik juga tau siapa makcik. Sakit kan? Bila orang comment yg tak baik pasal kita? Begitulah perasaan keluarga saya.

Kalau sekali dua tak mengapa makcik, terlalu banyak kali sangat makcik menghina, setiap orang ada tahap kesabarannya. Get well soon Makcik.

Allah Maha Besar.  
Tindakan Fasha nyata menerima banyak sokongan peminat, namun terdapat juga yang meminta Fasha tidak terlalu "menekan" makcik tersebut. Bahkan ada juga peminat yang meminta Fasha menghentikan sengketa itu serta memadamkan gambar yang telah beliau muatnaik.

Bila Fasha Sandha Lepas Geram Pada Peminat

Wanita pertengahan umur terbabit dipercayai telah memadamkan akaun Instagram miliknya secara serta-merta.

Fasha menjelaskan niatnya berbuat demikian hanyalah untuk memberi pengajaran sambil tetap mendoakan kesejahteraan wanita berkenaan. Apapun, memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain adalah satu kejayaan terbesar bagi orang Islam.

sumber
http://instagram.com/fashasandha



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.