Sabtu, 18 Januari 2014

Sabtu, Januari 18, 2014
2
Che Ta Buat Laporan Polis Kes Tipu RM19,000 |  “Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya dan bagi menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula,” kata pelakon Rozita Che Wan mengenai seorang lelaki menyamar sebagai dirinya dan memperdaya pereka fesyen sehingga kerugian RM19,000.

Che Ta Buat Laporan Polis Kes Tipu RM19,000

Dalam pada itu Che Ta juga mendakwa mengenali identiti individu di sebalik perbuatan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dekat sini, jam 7.30 malam tadi.

Menurutnya, kegiatan penipuan individu itu sampai ke pengetahuannya selepas seorang pereka fesyen memintanya bayaran RM19,000 melalui akaun Instagram baru-baru ini untuk bayaran 70 pasang baju pengantin.

Tambah Che Ta lagi, pereka fesyen itu memberitahu menerima tempahan baju pengantin daripadanya untuk majlis persandingannya di Kedah.

“Padahal saya tak buat pun majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelaki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk membuat tempahan dengan pereka fesyen terbabit.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sayabetul-betulgeram_/Article/index_html


2 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.