Selasa, 14 Januari 2014

Selasa, Januari 14, 2014
1
Demi Keselamatan, Kandungan Isteri Pierre Andre Terpaksa di Gugurkan | Mungkin ada hikmah disebaliknya, terkini, kandungan isteri pelakon dan pengarah Pierre Andre terpaksa digugurkan setelah doktor mendapati terdapat masaalah dengan kandungan isterinya itu.

Demi Keselamatan, Kandungan Isteri Pierre Andre Terpaksa di Gugurkan

Menurut laporan, penguguran kandungan itu terpaksa dilakukan demi menjaga keselamatan dan juga kesihatan isterinya.

Pierre Andre

“Apa yang boleh saya katakan bahawa belum ada rezeki anak lagi buat saya dan isteri. Sebelum ini saya pernah memberitahu bahawa saya bakal bergelar seorang bapa, tetapi kuasa Allah S.W.T. tidak dapat siapa duga”

“Ceritanya apabila kami melakukan pemeriksaan pada masa yang ditetapkan iaitu 13 minggu usia kandungan dan doktor mendapati bahawa kandungan isteri terpaksa digugurkan kerana mempunyai masalah dan ini boleh mengancam keselamatan isteri saya”

“Kami sekeluarga agak sedih tetapi apa yang boleh saya buat ialah berdoa dan mungkin ini bukan rezeki kami lagi. Saya dan isteri akan terus berusaha lagi pada masa akan datang,” katanya.

Kandungan Isteri Pierre Andre Terpaksa di Gugurkan

Artikel Menarik 
sumber
http://www.rotikaya.com/kandungan-isteri-pierre-andre-terpaksa-digugurkan/


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.