Rabu, 15 Januari 2014

Rabu, Januari 15, 2014
Gambar Terakhir Pelajar UPM di Bukit Tabur | Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) maut selepas terjatuh ke dalam gaung ketika sedang mendaki puncak Bukit Tabuh di Taman Melawati, Ampang pagi tadi.

Gambar Terakhir Pelajar UPM di Bukit Tabur

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.38 pagi itu, mangsa, Solehah Abd. Rahman, 25, ditemui tidak sedarkan diri akibat cedera parah selepas terjatuh dari ketinggian 60 meter.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.38 pagi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi.


"Dalam operasi menyelamat itu, kita turut dibantu oleh 35 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Selangor dan gerakan mencari menerusi 12 penanda tempat pemeriksaan bermula pukul 10.45 pagi.

"Selepas dua jam operasi mencari dilakukan, mangsa berjaya ditemui dan pihak bomba membawanya keluar dari lokasi kejadian menggunakan bantuan helikopter," katanya ketika dihubungi di sini.


Jelas Mohd Sani, pihaknya menggunakan teknik 'winching' (menggunakan pengusung ditarik dengan helikopter) untuk memudahkan proses membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, namun disahkan meninggal ketika menerima rawatan petang ini.

"Kita dimaklumkan yang mangsa telah mendaki bukit itu pada pukul 8 pagi bersama tujuh lagi rakannya bagi mengisi masa cuti sempena Maulidur Rasul. Kesemua rakannya yang lain ditemui selamat," ujarnya lagi.

Kejadian ini merupakan kali kedua selepas pasukan bomba menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh di lokasi yang sama pada 5 Januari lalu.

Al Fatihah buat allahyarhamah Solehah Abd. Rahman.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140115/je_05/Pelajar-maut-jatuh-gaung-di-Bukit-Tabuh


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.