Ahad, 12 Januari 2014

Ahad, Januari 12, 2014
Gempar Gambar Anggota Polis MPV Pening Tepi Jalan Tersebar | Media sosial kini dilanda kegemparan apabila beberapa keping gambar anggota peronda polis MPV dikatakan "pening di tepi jalan" tersebar meluas.

Gempar Gambar Anggota Polis MPV Pening Tepi Jalan Tersebar

Menurut beberapa laporan, gambar ini bermula dari rangkaian media sosial WhatApps dan menular hingga ke laman facebook.


Empat keping gambar yang disebarkan itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras.

Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kenderaan tersebut.


Namun setelah diselidiki, ternyata gambar-gambar tersebut adalah aksi lakonan semula anggota polis.

Seorang pengguna Facebook, Nordin Mansor yang memberi komen di laman Facebook Suara Rakyat turut menafikan anggota polis dalam gambar tersebut benar-benar pening/mabuk.


Nordin yang juga dipercayai seorang anggota polis menjelaskan bahawa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.sinarharian.com.my/gempar-gambar-anggota-polis-mabuk-tepi-jalan-1.239873


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.