Rabu, 8 Januari 2014

Rabu, Januari 08, 2014
Heliza Helmi Terkejut di Kaitkan Dengan Hafiz Hamidun | Kenyataan Hafiz dalam sebuah akhbar tentang lamarannya untuk berkahwin dengan seorang penyanyi yang kini merupakan penceramah bebas menyebabkan ramai yang menyangka bahawa individu yang dimaksudkan ialah Heliza Helmi.

Heliza Helmi Terkejut di Kaitkan Dengan Hafiz Hamidun

Heliza yang nyata terkejut apabila dirinya dikaitkan dangan Hafiz memberikan kenyataan kepada wartawan Kosmo,
"Sehingga kini saya masih belum ada menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Itu yang membuatkan saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba-tiba dikaitkan pula.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu isu yang besar memandangkan saya masih mempunyai ibu dan bapa. Bagi saya, kalau benar hendak melamar seorang wanita itu perlulah ikut syarie (hukum Islam).
Selain itu, Heliza turut memberikan jaminan yang dia tidak akan berahsia dan akan bersikap terbuka sekiranya beliau berkahwin nanti.

"Kalau mengikut hukum agama, perkahwinan itu haruslah dihebahkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. Jadi, saya akan bersikap terbuka mengenainya tetapi ia akan dihebahkan sekiranya saya memang sudah sah akan berkahwin."

Tambah Heliza lagi, "Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini dan percaya saya bukanlah individu yang dimaksudkan itu. Jadi, agak sukar untuk saya memberikan sebarang komen. Dalam hal ini, saya rasa tindakan yang paling wajar adalah dengan bertanya kepada Hafiz sendiri memandangkan dia yang membuat kenyataan kepada akhbar berkenaan.

Apapun, semoga Heliza dan Hafiz sama -sama menemui jodoh yang baik buat mereka. Tapi kalau jadi pun, memang cantik sangat dah....sebab "double" H dan double S (sama cantik sama padan). Hehehe....

Artikel Menarik 
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.