Sabtu, 18 Januari 2014

Sabtu, Januari 18, 2014
Isu Tudung: Pengurusan Sekolah SJKC Nan Ya Akhirnya Mohon Maaf | Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seorang guru mualaf sekolah itu yang sebelum ini dilaporkan diugut dan dipaksa membuka tudungnya jika ingin terus mengajar di sekolah itu.

Isu Tudung: Pengurusan Sekolah SJKC Nan Ya Akhirnya Mohon Maaf

Pengerusi sekolah itu Phang Ah Ngang, 72, bersama guru besarnya, Chiew Swee Tuan memohon maaf kepada guru berusia 25 tahun itu di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi dekat sini.

Ia dilakukan di hadapan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supritenden Rahmat Othman serta Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin dengan turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak.

Dalam satu kenyataan, Ah Ngang berkata, beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara peribadi kepada guru berkenaan serta masyarakat Islam Kampung Teluk Sengat dan masyarakat Islam di negara ini amnya.

"Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya yang kemudian berjabat tangan dengan guru tersebut sebagai tanda permohonan maafnya. - Bernama

#Harap2 bukan didepan kamera je permohonan maaf tu.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm
http://www.thesundaily.my/news/933416


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.