Khamis, 2 Januari 2014

Khamis, Januari 02, 2014
JAIS Serbu Persatuan Bible Malaysia, Rampas 300 Bible Bahasa Melayu | Pejabat Persatuan Bible Malaysia telah diserbu anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini dan menahan dua individu iaitu Pengerusi Persatuan Lee Min Choon dan Pengurus Pejabat Simon Wong.

JAIS Serbu Persatuan Bible Malaysia, Rampas 300 Bible Bahasa Melayu

Menurut laporan The Malaysian Insider (TMI), ketika ahli persatuan itu membawa masuk barangan, 20 orang pegawai Jais tiba bersama dengan dua orang pegawai polis pada pukul 2 petang ketika pejabat mereka masih belum dibuka.

Apabila pekerja enggan membuka pintu, pegawai Jais meminta mereka menghubungi pegawai atasan mereka untuk mendapatkan kebenaran.

“Mereka memberitahu pekerja kita, kami ada masa lima minit untuk membuka pintu, jika tidak mereka akan masuk secara paksa.

“Bila pejabat hubungi saya, saya kata jangan benarkan sesiapa masuk kerana Jais tidak ada kuasa ke atas bukan Islam dan mereka juga tidak ada waran untuk menggeledah premis,” kata ahli persatuan itu.

Apabila Lee sampai, barulah lima orang pegawai Jais dibenarkan masuk.

Dalam serbuan itu, Jais turut menemui ratusan Bible dicetak dalam Bahasa Melayu dari premis itu dan merampas 300 buah bible.

Lee dan Simon kini ditahan di Balai Polis Damansara.

Minggu lepas, Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata beliau akan segera menghantar surat kepada semua gereja di Selangor untuk mengingatkan mereka supaya mematuhi Enakmen 1988 yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah Allah.

Enakmen 1988 iaitu Agama bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim) yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1988, melarang orang bukan Muslim di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”.

Artikel Menarik 
sumber
http://mynewshub.my/2014/01/02/jais-serbu-persatuan-bible-malaysia-rampas-300-buah-bible-berbahasa-melayu/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.