Isnin, 13 Januari 2014

Isnin, Januari 13, 2014
Lana Nordin Nafi Sedang Bercinta Dengan Doktor | Menerusi akhbar mStar hari ini, Lana Nordin menafikan dirinya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar doktor selepas hubungannya dengan aktor Johan As'ari putus.

Lana Nordin Nafi Sedang Bercinta Dengan Doktor

Tambah Lana, laporan berkenaan tidak benar sama sekali dan menegaskan dia kini masih belum mempunyai pengganti Johan.

"Laporan itu tidak benar. Saya masih single and available," ujarnya menerusi mesej yang dikirimkan melalui aplikasi sosial WhatsApp kepada mStar Online.


Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan Lana Nordin sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki kacukan Pakistan dan Inggeris itu yang juga rakan lamanya dan bertugas di Amerika Syarikat.

Malah lelaki berkenaan didakwa telah menghantar 50 tangkai bunga mawar kepada Lana dan dia sendiri telah pun memuat naik jambangan bunga berkenaan di laman Instagram miliknya.

Lana bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.


Artikel Menarik 
sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2014/1/13/mstar_hiburan/20140112180520&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.