Isnin, 6 Januari 2014

Isnin, Januari 06, 2014
Mila AF Bakal Bernikah Dengan VIP? | Agak lama juga tidak mendengar berita tentang Norsyarmilla Jirin atau Mila AF, bintang dari Akademi Fantasia musim kelima, menariknya khabar terbaru Mila dikatakan bakal bernikah dengan seorang VIP. Betul kah??

Mila AF Bakal Bernikah Dengan VIP?

Satu ketika dulu, penyanyi kecil molek ini pernah dikaitkan dengan seorang VIP yang berbangsa Cina, yang mempunyai jet peribadi dan pernah menaja klip videonya.

Menyedari dakwaan itu akhirnya menjejaskan kredibiliti dan imejnya, Mila kemudiannya tampil memberikan penjelasan.


Menafikan perkara itu sekeras-kerasnya, jelas Mila, VIP itu merupakan kenalan rapat bapanya di Pulau Pinang yang menetap di luar negara. Pengakuannya itu sekali gus meredakan gosip yang bertebaran di saat itu.

Kini, setelah beberapa tahun berlalu, Mila mengakui hatinya sudah dimiliki. Ketika ditanya apakah jejaka itu juga merupakan seorang yang berstatus VIP, Mila bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kekasih hatinya itu.
“Saya kenal dia dah lama, dia seorang ahli perniagaan dan kami baharu saja menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Saya selesa berkawan dengannya kerana dia seorang yang memahami dan tahu apa matlamat hidup saya,” katanya yang mengakui jejaka itu sering memberikan sokongan padanya untuk meneruskan empayarnya menjadi selebriti dan seorang usahawan yang berjaya.
Mila AF

Tambah Mila, dia juga tidak mahu terlalu mencanangkan perihal mereka kerana khuatir hubungan mereka tidak menjadi. Bagaimanapun, lumrah sebagai pasangan kekasih, mereka sudah ada perancangan untuk ke arah lebih serius.

“Perancangan tu ada. Tapi saya tak mahu letak sebarang sasaran dan bercerita lebih-lebih, kerana saya tak tahu bila.”

 Artikel Menarik 
sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/mila-jirin-bakal-kahwini-vip-1.237238
http://instagram.com/mila_jirin


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.