Jumaat, 10 Januari 2014

Jumaat, Januari 10, 2014
Pembaca Berita TV3 & Keluarga Kena Samun, Suami di Pukul | Seorang pembaca berita TV3 dan keluarganya berhadapan detik cemas apabila disamun dua penjenayah di hadapan rumahnya di Kota Damansara, malam tadi.

Pembaca Berita TV3 & Keluarga Kena Samun, Suami di Pukul

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, difahamkan Azawate Zenol Abidin dan tiga anaknya hendak keluar rumah.

Menurut sumber, ketika kejadian suami kepada pembaca berita itu Raqizal Khalis Husni, 38, berada di luar rumah bersama dua anak lelakinya yang berusia dua dan empat tahun, manakala wanita itu sedang memangku anak bongsunya yang berusia sembilan bulan di kawasan tempat letak kereta.


“Tiba-tiba empat suspek yang menaiki dua buah motosikal berhenti dan dua daripada mereka meluru ke arah suami pembaca berita itu, lalu menyerang dan memukul lelaki berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suspek menyamun dompet mangsa sebelum melarikan diri setelah pembaca berita berkenaan menjerit meminta pertolongan.

“Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Damansara. Difahamkan suami kepada pembaca berita itu cedera di bahu dan kepala,” katanya.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.sinarharian.com.my/personaliti-tv-disamun-suami-dipukul-1.238931


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.