Rabu, 15 Januari 2014

Rabu, Januari 15, 2014
Tahniah, Didie Alias Mengandung 3 Bulan | Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pelawak Didie Alias, 40,  yang dilaporkan telah mengandung 3 bulan hasil perkongsian hidup bersama suaminya Norisham Ismail.

Tahniah, Didie Alias Mengandung 3 Bulan

Menurut laporan Kosmo, Didde Alias telah mengesahkan yang beliau sedang mengandung 3 bulan.
"Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya.

"Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham," kata Didie yang sudah lima tahun berkahwin dengan Norisham.

Tambah Didie Alias lagi, dia dan suami enggan menaruh sebarang harapan berkenaan jantina bayi yang sedang dikandungnya dan menyerahkan segala-galanya ke pada rezeki yang diberikan Tuhan.

"Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka," katanya lagi.


Artikel Menarik 
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
https://twitter.com/didiealias73


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.