Isnin, 13 Januari 2014

Isnin, Januari 13, 2014
Tema Maulidur Rasul 1435H | "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Tema Maulidur Rasul 1435H | "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"
Maulidur Rasul 1435H  2014M
Tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun 2014M yang jatuh pada 14 Januari 2014 (Selasa) bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1435H ialah :

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Tarikh Maulidur Rasul pada setiap 12 Rabiulawal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan Majlis Maulidur Rasul sempena memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” - (Surah al-Anbia, ayat 107).

Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”

RabiulAwal
Rabi' ertinya menetap. Awal ertinya pertama. Rabiulawal ertinya menetap yang pertama. Dinamakan Rabiulawal kerana bulan ini, lelaki yang keluar beramai-ramai mencari nafkah pada bulan Safar mulai pulang semula kerumah masing-masing dengan membawa hasil dagangan dan pertanian.
Kata-Kata Hikmah

Kitab yang terletak di perpustakaan amat sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati laksana kitab yang terbuka yang semua orang dapat membacanya kemana sahaja dia pergi. Dia adalah DAKWAH yang bergerak!!!

sumber
http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/28/pengertian-maulidur-rasul/
Jabatan Mufti Negeri Selangor



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.