Khamis, 16 Januari 2014

Khamis, Januari 16, 2014
Tukar Pengurusan, David Teo Panggil Wawa Zainal | David Teo dilaporkan akan memanggil Wawa Zainal, bagi menyelesaikan isu berhubung hal pengurusan artis wanita itu.

Tukar Pengurusan, David Teo Panggil Wawa Zainal

Kata David, Wawa Zainal masih berada dalam kontrak di bawah pengurusan Metrowealth International Group (MIG) yang akan berakhir pada 2015.
"Kami akan panggil Wawa dalam masa terdekat ini bagi menyelesaikan beberapa perkara terutamanya berkaitan isu pengurusannya.

"Sebelum ini kami beri dia berehat sehingga anaknya besar, namun jika dia sudah mula bekerja, dia masih di bawah tanggungjawab kami sehingga tamat kontrak," ujarnya ketika dihubungi media.

David Teo berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan pelakon Aeril Zafril dilaman Instagramnya semasa bercuti di london dimana beliau akan mengendalikan aktiviti seni isterinya itu.

Dalam pada itu, David berharap pelakon tersebut tidak terus melarikan diri dan menyelesaikan masalah ini dengan segera.

"Kita panggil dia secara lisan sudah lama tetapi dia tidak pernah datang, tapi kali ini kita akan keluarkan surat 'hitam-putih' kerana jika dia berada di bawah pengurusan lain ia merupakan satu kesalahan," katanya.

Artikel Menarik 
sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2014/1/16/mstar_hiburan/20140115161014&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.