Rabu, 12 Februari 2014

Rabu, Februari 12, 2014
1
8 Gambar~ Pelancong Wanita German Maut Jatuh Gunung Kinabalu | Seorang pelancong wanita warga Jerman maut apabila terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu, di sini, jam 6.30 pagi kelmarin.

8  Gambar~ Pelancong Wanita German Maut Jatuh Gunung Kinabalu

Mangsa berusia 22 tahun kini dalam proses dibawa turun ke Timpohon dan dijangka tiba jam 2 petang.


Difahamkan, mangsa bersama beberapa rakannya dikatakan sedang menunggu matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu.


Pelajar Universiti Xiamen, China, itu dikatakan keluar dari kabel keselamatan, sebelum tergelincir apabila batu dipijak longgar, menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian 30m.


Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta pelbagai anggota badan.


Pengurus Taman-Taman Sabah (Penguatkuasaan dan Perlindungan), Thomas Yussop, berkata mangsa mendaki bersama empat rakan lelaki sejak kelmarin.


“Walaupun sebelum ini pernah berlaku kematian di sepanjang laluan pendakian, namun ini adalah kes pertama membabitkan kawasan puncak. Perkara ini di luar jangkaan kerana ketika kejadian cuaca baik,” katanya.


Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim mengesahkan kejadian itu dan usaha membawa mangsa turun sedang dijalankan.

8 Gambar~ Pelancong Wanita German Maut Jatuh Gunung Kinabalu

sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MatijatuhGunungKinabalu/Article/


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.