Jumaat, 14 Februari 2014

Jumaat, Februari 14, 2014
Gempar, Nur Fathiya Pengsan Ketika Pementasan Teater Bidadari | Nur Fathiya Abd Latiff, pelakon utama yang memegang watak utama dalam drama bersiri popular, Ariana Rose, dilaporkan pengsan ketika sedang menjalani pementasan teater Bidasari di Istana Budaya.

Gempar, Nur Fathiya Pengsan Ketika Pementasan Teater Bidadari

Dalam kejadian jam 10 malam tadi, Nur Fathiya yang sedang menjalani pementasan dengan memegang watak utama iaitu Bidasari dikatakan pengsan di atas pentas.

Menurut penonton yang sedang menyaksikan pementasan itu, Fathiya dilihat dalam keadaan lemah sebaik pementasan bermula.


Katanya, selepas hampir satu jam pementasan berjalan, tirai tiba-tiba ditutup dan pementasan dihentikan seketika selama lima hingga sepuluh minit.

"Sebaik pementasan disambung semula, watak Bidasari yang dilakonkan Fathiya sebelum itu diganti dan diambil alih pelakon lain.

Sementara itu, Ketua Pengarah Istama Budaya, Johari Saharani gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Teater Bidasari di bawah arahan Lokman Ghani berlangsung sehingga 17 Februari ini.


# Mungkin Fathiya terlalu penat sangat kot...maklumlah agak sibuk dgn promo Ariana Rose sejak kebelakangan nih....

Artikel Menarik 
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelakonutamaBidasaripengsanataspentas//Article/index_html http://instagram.com/fatiyalatiff


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.