Isnin, 24 Februari 2014

Isnin, Februari 24, 2014
Haleeda Bercerai Lagi, Tiada Jodoh Bersama Mr S | Empat tahun lalu (2010), dunia hiburan heboh cerita mengenai penyanyi popular 90-an Haleeda yang berkahwin kali kedua setelah lapan tahun menjadi ibu tunggal. Tapi, sehingga kini tak ramai yang tahu siapa suami baru Haleeda yang disebut sebagai Mr S itu?

Haleeda Bercerai Lagi, Tiada Jodoh Bersama Mr S

Tap-tup, tap-tup apabila wartawan Juwie telefon Haleeda lewat malam 15 Februari lalu, bertanya mengenai suaminya, terus kata Haleeda, jodohnya sudah berakhir tahun lalu.

Nama sebenarnya Halida Mazlin Badaruddin, 41. Pada 1991, Haleeda merakam album dengan EMI dan lagu hitnya, Setia Kasih ciptaan Fauzi Marzuki/lirik Lukhman S meletup dan hingga ini masih bersiaran di radio. Kisah lirik lagu itu seolah-olah terjadi dalam hidupnya.

Antara lain perenggan pada korus lagu itu berbunyi: “Dahan yang patah tiada bersambung lagi... Hatiku pasrah dalam mencari mimpi...”


Dikatakan perceraian mereka adalah atas persetujuan bersama. Terdahulu sebelum itu, Haleeda pernah berkahwin dengan bekas pemain bolasepak kebangsaan, Azman Adnan bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Kes tuntutan nafkah mereka pula berjaya diselesaikan di luar mahkamah, selepas kedua-duanya bersetuju mencari penyelesaian secara baik.

Adakah ini Mr S yang dimaksudkan?
Apapun didoakan semoga Haleeda bertemu juga dengan suami yang tetap bersama dengannya hingga ke akhir hayat nanti, insyaallah.


Artikel Menarik 
sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Haleedabercerailagi/Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.