Isnin, 10 Februari 2014

Isnin, Februari 10, 2014
Hubungan Uqasha & Pekin Dah Putus? | Rasa macam masih baru lagi kisah mengenai sensasi keretakan hubungan cinta antara pelakon, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose seperti mana pernah dilaporkan sebelum ini.

Hubungan Uqasha & Pekin Dah Putus?

Bagaimanapun, dek salah faham yang turut memalit nama Sharnaaz Ahmad, dalam kemelut itu, semuanya kembali seperti sedia kala.

Itu kisah sekitar Oktober tahun lalu. Kemesraan makin diyakini apabila Pekin membawa bersama Uqasha pada sidang media mengumumkan Pekin sebagai finalis Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2013 pada 22 Januari lalu. Uqasha turut setia menemani cinta hatinya sebagai tanda sokongan.

Namun, baru-baru ini, khabarnya pasangan ini kembali berantakan. Sukar dipastikan apakah ia masih lagi sekadar sandiwara atau memang benar mereka sudah berpisah.

Lalu kedua-duanya dihubungi petang Rabu lalu. Namun, jawapan diperoleh daripada diri masing-masing agak mengelirukan.

Kata Uqasha apabila ditanya sama ada hubungannya dengan Pekin sudah berakhir,
Ya (hubungan kami sudah berakhir). Dia (Pekin) minta putus 2 hari lalu (3 Februari). Kami tiada persefahaman dan itu keputusan dia. Kalau nak tahu lebih tanyalah sendiri kepadanya.

Hasrat kami nak berkahwin pada tahun ini juga nampaknya takkan menjadi kenyataan. Saya hanya mampu berserah dan reda dengan keputusan ini. Semuanya soal takdir dan jodoh itu sendiri rahsia Tuhan.
Sementara itu Pekin pula berkata yang hubungan mereka masih OK. Kata Pekin,
Hubungan kami masih OK. Pelik juga kalau ada yang kami sudah putus. Hal untuk berkahwin pun masih dalam perbincangan dan tarikh kahwin juga masih belum dapat ditetapkan lagi.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Diamintaputus_/Article/?bh
http://beautifulnara.com/hubungan-uqasha-senrose-pekin-ibrahim-sudah-tamat/ 


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.