Sabtu, 15 Februari 2014

Sabtu, Februari 15, 2014
1
Jep Sepah Cuba Dalih? Pelik Dengan Dakwaan Sharol Shiro  | Semalam agak kecoh juga bila Sharol Shiro mendakwa Jep Sepahtu cuba menjauhkan dirinya dari beliau darinya sejak akhir-akhir ini. Bertambah malang, Sharol juga mendakwa, sebahagian rakan dalam Maharaja Lawak (MLM 13) seolah turut menjauhkan diri mereka dari beliau.


Sementara itu menerusi Harian Metro, Jep Sepah yang ditemui media pula melahirkan rasa pelik dengan dakwaan Sharol Shiro dan menganggap konflik tersebut tidak pernah berlaku sama sekali malahan ianya tidak mempunyai asas.
Secara jujur, saya tak tahu dan pelik nak jawab apabila ditanya persoalan yang tak ada jawapan. Saya melihat perkara ini sebagai tuduhan umum dan bukan ditujukan kepada saya secara khusus.

Sepatutnya kena tanya pada lain-lain (pelawak) juga atas apa yang dia katakan sebab dia menjauhkan diri daripada kami semua.

Dia kata ada datang meminta maaf kepada saya sedangkan benda itu tidak berlaku langsung. Lagipun dia bukan buat salah apa-apa jadi nak maafkan buat apa?

Saya ini jenis yang tidak bermusuh dengan orang dan tidak suka cetus permusuhan seperti yang dia dakwa. Saya pun pelik dengan apa yang berlaku sebab memang tak ada apa-apa masalah antara kami.

Kita akan rapat dengan orang yang kita selesa untuk rapat. Kalau tak rapat, tak semestinya kita bergaduh bukan?

Saya rasa perkara ini timbul disebabkan persepsi peribdi dia saja sedangkan tak ada aa berlaku pun.

Tinjauan admin di laman Instagram Sharol mendapati, banyak juga kata dan petikan yang seolah-olah memerli/ditujukan kepada seseorang.
Berhasad dengki??Semoga kita semua dijauhkan dari sifat ini..Aminnn...Selamat malam semua...jgn lupa basuh kaki dan doa sebelum tidur...

Di laman Jep pula, hanya satu keratan akhbar dimuatnaik dengan caption berbunyi....
Kontroversi bukan lah cara yang terbaik utk mendapatkan publisiti..sekiranya ingin membuat kontroversi jgn la melibatkan saya apatah lagi mengaibkan saya..siapalah saya utk tidak memaafkan orang..astagfirullah hal azim..semoga silaturahim kita terus berkekalan..amin
Apapun, bak kata pepatah, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Takkan Sharol kata ada, Jep pula sebaliknya....lagi bertambah pelik sebenarnya bila Jep kata begitu. Ramai peminat komen meminta mereka selesaikan dengan cara baik.

Mungkin pihak media dapat bantu atasi masaalah ini dengan mengaturkan pertemuan mereka. Rugi kalau bermusuhan...tak dapat apapun sebenarnya....


Artikel Menarik 
sumber
Harian Metro
http://beautifulnara.com/jep-sepahtu-pelik-dakwaan-sharol-shiro/
http://instagram.com/jepsepahtu
http://instagram.com/shahrol_shiro




1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.